Catatan Hidup

Coretan perjalanan hidup ini untuk dikongsikan bersama kalian


admin Akhirnya pada hari Sabtu 4 Julai 2009, satu trip memancing sambil bersantai berjaya dilaksanakan.  Selaku organizer trip ni, aku memastikan tempahan kelong dilakukan 2 minggu sebelum itu lagi.

Hari Jumaat 3 Julai, ahli trip yang ada hanyalah 12 orang, walaupun target awal adalah 15 orang.  Ada beberapa orang menarik diri pada saat-saat akhir.

Trip kali ni disertai oleh;

1.  Zamri (Aku selaku Penganjur)
2.  Jo JCI
3.  Biras Jo
4.  Staff JCI 1
5.  Staff JCI 2
6.  Ari
7.  Rahim
8.  Adik Ipar Rahim
9.  Baha (Jiran Aku)
10.  Kawan Baha 1
11. Kawan Baha 2
12. Kawan Baha 3

 

Jam 1600 ahli trip mula berkumpul di Petronas Pandamaran, Klang sebagai check  point 1.  Perancangan mula jadi off-schedule bila ada seorang ahli trip lost direction ke check point 1.  Ad hoc plan terpaksa dilakukan, Baha pergi cari dan jemput ahli trip yang dah lost entah ke mana, manakala Rahim pula pergi membeli umpun-umpun di Tanjung Gila.  Kami akan bertemu semula di check point 2 iaitu di susur keluar jalan Telok Gong dari highway KESAS.
 
Semasa di Check Point 2, masih lagi belum dapat mengumpulkan semua ahli, kali ini kami terus ke kg Telok Gong dan menjadikan Check Point 3 bagi mengumpulkan semua ahli.  Kesempatan diamabil bagi membeli barangan terakhir di pasar malam Telok Gong sambil menunggu Baha and the gang.  Selepas semua ahli telah berjaya dikumpulkan, kami terus ke Jeti Telok Gong.
 
Sesampainya di Jeti jam 1800, En Mokhtar telah sedia menunggu.  Kami unload barang dari kereta masing-masing den terus bawa ke boat untuk ke Kelong.  Perjalanan dari Jeti ke Kelong hanya mengambil masa lebih kurang 2 minit sahaja.

First impression kat Kelong Mokhtar agak memuaskan, kelengkapan cukup seperti air bersih, dapur, periuk, pinggan, mangkuk, tempat BBQ, elektrik, tandas, tv dan kerusi rehat.  Kami bernasib baik kerana dapat 2 kelong yg berdekatan untuk digunakan.

Setelah selesai meninjau, ahli trip telah mengambil port masing-masing bagi sesi pemancingan mereka.  Rahim berjaya menaikkan anak Gelama sebagai pembuka tirai yang telah meniup semangat member-member lain untuk turut melabuhkan pancing masing-masing.

Malam harinya, ado juga yang ambil kesempatan menonton perlawanan Bola Sepak Liga Premier Malaysia dulu sebelum mula memancing.  Ada yang menyediakan juadah pembuka selera iaitu mee Maggi pedas.  Selepas itu baru BBQ ikan, sotong dan udang disediakan berserta dengan Nasi Goreng dan Mee hun goreng.

Menjelang jam 11 malam, satu sentapan yang kuat mengena joran Jo yang pada masa itu hilang entah ke mana.  Rahim melakukan hook up dan tenyata Senagin berskala 2+ kg telah menelan umpan.  Namun ikan tak berjaya didaratkan kerana Senangin telh berjaya memutuskan tali perambut...

Tidak lama selepas itu, kali ini joran aku pula disentap.  Sekali lagi Senagin berskala 2 kg melompat dipermukaan air.  Perlawanan terpaksa dilakukan dengan penuh hati-hati, maklumlah tali 15 lb dan Senagin asyik membuat larian ke arah bawah kelong.  Akhirnya senangin tersebut berjaya didaratkan.


Senagin ke-2
Pancingan diteruskan, suasana riuh sesekali kedengaran dari usik-usikan ahli ahli trip.  ada yang mengambil kesempatan untuk berehat sambil melayan pancing.

Santai@Kelong Mokhtar

Jam 2 pagi, hujan dan ribut datang menyapa.  Aku ambil keputusan untuk melelapkan mata.

Jam 5 pagi, hujan masih lagi belum berhenti.  Rahim beritahu air dah nak bertukar arah.  Aku pun bangkit dan menyediakan joran untuk pancingan seterusnya.  Kali ini banyak Kerapu dan Gelama yang berjaya dinaikkan.  Banyak juga getusan dari ikan-ikan kecil.

Pada sebelah pagi, banyak juga Kerapu yang didaratkan oleh Rahim manakala team Baha masih lagi melayan Gelama.  Pencingan diteruskan sehingga jam 12.30 tgh dan aku pun memanggil En Mokhtar untuk menjemput kami pulang.

Kesimpulannya, memancing di Kelong Mokhtar boleh dikatakan memuaskan cuma kena pandai lihat kesusuaian air dan umpan.  Dari segi servis..A++.